Lelaki tular diikat tangan, kaki adalah pegawai polis

 

 

PETALING JAYA: Polis mengesahkan video tular yang menunjukkan seorang lelaki terbaring dengan keadaan kaki dan tangan berikat, adalah pegawai pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pegawai terbabit diperlakukan sedemikian kerana dipercayai cuba mencuri kereta di Kelana Jaya, dekat sini.

“Kita sedang mengesan individu yang menangkap pegawai berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Tidak wajar pegawai itu diperlakukan sebegitu.

“Ketika ini, pegawai berkenaan menghadapi masalah tekanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, beberapa gambar dan sebuah video berdurasi seminit 31 saat tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki tidak berbaju diikat di tangan serta kaki selepas dipercayai cuba mencuri sebuah kereta.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker