Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir

Beri ‘hint’ majlis nikah sama tarikh bertunang

Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir

Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir
Perkahwinan pasangan selebriti ini dijangka bakal berlangsung dalam masa terdekat.
PELAKON dan penyanyi Sweet Qismina memberi bayangan majlis pernikahannya dengan aktor Adam Lee bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, persiapan perkahwinan sudah dibuat dan tidak menolak hari bahagia itu diadakan selepas genap setahun mengikat tali pertunangan.”Sebenarnya daripada majlis pertunangan lagi kami sudah memberi hint bakal mengikat ikatan itu dalam masa setahun.
Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir
Sweet tidak berahsia tentang hari bahagianya bakal tiba.

Meskipun sudah mempunyai tarikh pernikahan, Sweet berkata dia dan Adam hanya akan mendedahkan kepada umum sebulan atau beberapa minggu sebelum majlis.

“Tarikh semua dah ada, insyaAllah dalam masa terdekat ini atau mungkin dalam sebulan atau pun beberapa minggu sebelum, memang kami akan umumkan kepada peminat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sejujurnya kami sebenarnya dah beritahu tahun lepas sewaktu majlis pertunangan, memang tarikh yang sama selepas setahun.

“Tapi tidak dinafikan dalam masa setahun macam-macam boleh terjadi. Mungkin juga orang dah lupa.

“Siapa yang tahu dan ingat bila kami bertunang, jadi mungkin mereka dah boleh agak bila tarikh pernikahan kami akan berlangsung,” ujar Sweet.

Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir
Tarikh perkahwinan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berkongsi perasaan menjelang hari bahagia, Sweet tidak menafikan perasaan gementar dan berdepan dugaan sebelum mengakhiri zaman bujang.

Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama, sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti.

“Gementar itu ada. Banyak dalam fikiran sebenarnya tetapi Alhamdulillah walaupun ada pelbagai dugaan sebelum berkahwin, saya bersyukur pasangan saya dalam industri yang sama.

“Disebabkan itu juga kami mengikat tali pertunangan selama satu tahun.

“Maknanya kami memerlukan waktu setahun itu untuk buat persiapan. Ada hari yang Adam free, dia akan uruskan, dan ada hari yang saya free, saya sendiri yang uruskan hal perkahwinan,” tambahnya.

Untuk info, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker