Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat

Oleh – Syeikh Baran


Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar Zain. Foto Awani

SEMPENA meraikan bulan kelahirannya, penyanyi terkenal Anuar Zain menghiburkan 1,000 peminatnya di Acara Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal di JioSpace, Petaling Jaya, pada Sabtu.

Meraikan ulang tahun kelahiran ke-54 pada 15 Februari, Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.

“Saya dapat energi yang sangat kuat daripada anda hari ini, terima kasih banyak,” katanya.

Lebih istimewa, persembahan Anuar kali ini lebih intim apabila berpeluang turun dari pentas mendekati para penonton.

Anuar turut ‘membaling’ anak patung kepada penonton bertuah yang berjaya mendapatkannya.

Persembahan bermula pada jam 3.43 petang dengan lagu pembukaan Kaulah Satunya dan Sesucinya Cintamu dengan aksi lincah.

Persembahan yang berlangsung selama tiga jam berjaya menghiburkan peminat dengan dendangan 11 buah lagu popularnya.

Antaranya Permata, Cinta Harus Memiliki, Keabadiaan Cinta, Saving All My Love, Ketulusan Hati, Sedetik Lebih dan mengakhiri persembahan dengan lagu Lelaki Ini. – Awani

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker