Pelaburan tidak wujud: Tiga termasuk ‘Datuk’ ditahan di Kluang

3925124c1a1f3115b9ef32d1fde5a07b5fbfa2e29c2acKetua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan wang tunai yang dirampas pada sidang media mengenai tiga ahli sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang berjaya diberkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 26 Nov — Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ antara tiga individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pelaburan forex dan urus mata wang kripto tidak wujud di Kluang, Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan, berusia lingkungan 27 hingga 40 tahun.

Ayob berkata hasil maklumat dari orang awam, polis bertindak menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Kluang pada 9 malam dan menahan kesemua suspek di rumah berkenaan.



“Selain penahanan ketiga-tiga suspek, polis juga merampas wang tunai mata wang asing berjumlah RM1.4 juta serta wang tunai ringgit Malaysia lebih RM2.1 juta.

“Turut dirampas enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, 10 utas jam tangan jenama Rolex bernilai RM250,000, dua utas jam tangan jenama Hublot bernilai RM200,000, 16 kad visa, master debit pelbagai bank, 22 kepingan emas bernilai RM45,000 serta dua buah kenderaan jenama Mercedes Benz dan Range Rover,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata sindiket berkenaan yang dipercayai telah bergiat aktif selama dua tahun, menggunakan modus operandi dengan memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam urus niaga forex dan urus mata wang kripto yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Katanya, sindiket berkenaan menyasarkan mangsa dalam kalangan pelabur di seluruh Malaysia terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing termasuk China, Singapura, Brunei dan juga negara lain.



Kesemua suspek kini direman selama tiga hari mulai Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Menurut Ayob Khan, pihaknya kini sedang mengenal pasti dan mengesan mangsa-mangsa yang terlibat dengan pelaburan serta ahli-ahli sindiket yang terlibat.

“Kita percaya ramai mangsa yang terlibat namun tidak membuat laporan, macam saya kata tadi ada seorang mangsa telah membuat laporan polis tetapi menarik balik laporan berkenaan, jadi kita harap individu-individu yang terlibat atau mangsa tampil bagi memudahkan kita membuat siasatan lanjut.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat,” katanya.

Instagram terkenal ditahan jual minyak wangi pelbagai jenama tiruan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker