Speedy Tigers kempunan lagi ke Olimpik

Speedy Tigers kempunan lagi ke Olimpik

Speedy Tigers kempunan lagi ke Olimpik
PAKISTAN menjadi penghalang skuad hoki negara untuk layak ke separuh akhir, sekali gus terpaksa melupakan impian beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024. – FIH

KEGAGALAN skuad hoki lelaki negara menamatkan kemarau 24 tahun beraksi di pentas Sukan Olimpik menjelang edisi 2024 di Paris, Perancis menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan para peminat sukan tanah air.

Ada di antara mereka menggesa Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengambil langkah drastik merombak keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain Speedy Tigers yang prestasinya kini menjunam teruk sehinggakan jatuh ke ranking ke-14 dunia ketika ini.

Bagi pengendali skuad hoki lelaki negara, A. Arul Selvaraj, beliau hanya mampu menyuarakan rasa kecewa berikutan kegagalan anak-anak buahnya menempah tiket ke Olimpik Paris apabila gagal melangkah ke separuh akhir Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman.

Ia susulan keputusan seri 3-3 dengan Pakistan awal pagi semalam yang menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan A dengan hanya satu mata daripada tiga perlawanan selepas terdahulu tewas kepada China dan Great Britain.

“Sememangnya kecewa, kita kawal sebahagian besar permainan dan memiliki banyak peluang jaringan, tetapi tak dapat nak laksanakan. Terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol terutama sewaktu berdepan China dan juga Pakistan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Esok penentuan kes AMLA Najib Razak


“Kalau peluang sedemikian tak dapat nak jaringkan, jadi memang susah untuk mencatat kemenangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Olimpik sewaktu edisi 2000 di Sydney, Australia dan kini perlu menunggu sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Biarpun misi ke Olimpik Paris 2024 telah tertutup rapat, namun Arul mengakui beliau masih mempunyai tugas untuk diselesaikan di Muscat apabila menentang Chile dalam penentuan tempat kelima hingga lapan hari ini.

“Tugas saya di sini belum selesai. Selepas ini, saya akan balik ke Malaysia dan berbincang dengan Datuk Ahmad Najmi Razak (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan),” katanya.

Empat pasukan di separuh akhir hari ini iaitu Great Britain dan Pakistan dari Kumpulan A serta Jerman dan New Zealand (Kumpulan B) berpeluang merebut tiga tiket yang ditawarkan untuk layak ke Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti.

Speedy Tigers kempunan lagi ke Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi Ananda a/l Krishnan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker