Suspek bunuh bekas pegawai MARDI ditahan – Ketua Polis KL

b9aef5b37030c4269b025bd4746f8b235fc4f60d6e120Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin (tengah)

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun dan bunuh seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini semalam, berjaya ditahan menerusi pengecaman wajah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata isteri mangsa yang berada di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku bertindak mengecam suspek, sekali gus memudahkan polis untuk menahannya.

Beliau berkata dompet arwah yang dijumpai di lokasi samun kedua di Taman Tiara Titiwangsa di sini juga membantu polis menahan suspek.



“Selepas merompak rumah bekas penyelidik MARDI itu semalam, suspek melakukan rompakan kedua di rumah seorang jurutera di taman berkenaan pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Beliau seterusnya mengesahkan polis telah menahan 10 suspek lelaki berusia antara 20 dan 29 tahun semalam, yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

“Semakan mendapati lapan daripada 10 individu yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan jenayah termasuk narkotik. Kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 6 Dis,” katanya.

Saiful Azly berkata pihaknya sedang memburu beberapa lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.



Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu.

Anggota polis cedera khemah di sekatan jalan raya runtuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker