DS Abdul Rauf Ketua Menteri Melaka Baru

DS Abdul Rauf Ketua Menteri Melaka Baru

DS Abdul Rauf Ketua Menteri Melaka Baru

Teka teki siapa yang akan menggantikan DS Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab.

Menurut sumber yang rapat dengan DS Rauf, beliau mengesahkan DS Rauf akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT Melaka, Tun Ali Rostam, pada hari Jumaat 31 Mac 2023.

Majlis angkat sumpah dijangka akan dilakukan di Istana Melaka pada pukul 3.00 petang hari tersebut.



Penulis dimaklumkan, pemilihan DS Rauf adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan politik di negeri Melaka.

Ianya adalah untuk melicinkan pentadbiran parti dan kerajaan negeri dengan ketua parti dan ketua kerajaan dipegang oleh individu yang sama.

Untuk rekod, DS Rauf juga adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.

Dengan perlantikan DS Rauf, kita berharap supaya pemimpin parti dan kerajaan Melaka dapat menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negeri Melaka.



Ketika kestabilan politik dan pentadbiran negeri cuba distabilkan, sangat dikesali apabila ada EXCO Melaka sendiri mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar.

Portal Free Malaysia Today melapurkan EXCO Pelancongan Melaka, Jailani Khamis, mendakwa Melaka akan mendapat Ketua Menteri pintu belakang.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/29/melaka-akan-dapat-km-pintu-belakang-kata-exco/

Bagi penulis, sebagai salah seorang EXCO kerajaan negeri Melaka, adalah sangat tidak wajar Jailani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Adakah Jailani masih mahu mewujudkan keadaan politik yang tidak stabil di negeri Melaka?

Di manakah kesetiaan beliau sebagai EXCO negeri Melaka dan juga kepada parti?

 

DS Abdul Rauf Ketua Menteri Melaka Baru

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker