Pengundi Berbangsa Cina Di Parlimen Masjid Tanah Bertekad Untuk Memberikan Undi Kepada Calon BN

Pengundi Berbangsa Cina Di Parlimen Masjid Tanah Bertekad Untuk Memberikan Undi Kepada Calon BN

Seakan sudah jatuh ditimpa tangga, Mas Ermieyati kini bakal menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi parlimen Masjid Tanah.

Majoriti pengundi berbangsa Cina yang ditemui bertekad untuk memberikan undi kepada calon Barisan Nsional parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim.

Walau pun dalam PRU 14 yang lepas mereka mengakui telah memberikan undi kepada Pakatan Harapan, tetapi tidak untuk PRU 15.

Saslah seorang yang enggan disebutkan nama berkata:

“Pakatan Harapan sudah banyak kasi susah sama kita, mahu cari makan pun susah”.

Apabila ditanyakan sama ada beliau akan berikan undi kepada calon Perikatan Nasional, Mas Emieryati.

Dengan tegas beliau katakan:

“Ini kali PN mesti habis, orang Cina susah mahu undi PN sebab itu parti lebai ada dalam sana”.

“Lagi pun satu tahun lebih PN jadi kerajaan, mahu keluar rumah pun tak boleh, lagi mahu kasi lagi satu kalikah?”

Penulis sempat merakamkan video beberapa pengundi Cina yang agak sporting untuk memberikan komen mereka.

Untuk rekod, pengundi Cina m pengundi di parlimen mewakili 11.7% dari keseluruhan pengundi di parlimen Masjid Tanah.

Dalam menentukan kemenangan calon, tidak mustahil jumlah undi sebanyak 11.7% ini boleh menjadi undi penentu kemenangan.

Pengundi Berbangsa Cina Di Parlimen Masjid Tanah Bertekad Untuk Memberikan Undi Kepada Calon BN

Sebelum ini, penulis ada menyiarkan peralihan sokongan pengundi India kepada BN di parlimen Masjid Tanah.

Dengan sokongan dari pengundi Cina dan India kepada calon BN di parlimen Masjid Tanah, calon PN pastinya akan menghadapi tugas yang sukar untuk mengekalkan kerusi parlimen Masjid Tanah.

 

Pengundi Berbangsa Cina Di Parlimen Masjid Tanah Bertekad Untuk Memberikan Undi Kepada Calon BN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker