Rusa ‘zombi’ ancam penduduk

Oleh – Syeikh Baran


Rusa ‘zombi’ ancam penduduk
Rusa yang dijangkiti CWD kebiasaannya menunjukkan simptom merenung kosong dari kejauhan dan membuatkan ia menjadi sangat kurus dan agresif. – Unsplash

Pegawai-pegawai hidupan liar di negeri Louisiana mengisytiharkan ‘darurat’ berikutan peningkatan bilangan kes penyakit rusa zombi atau Chronic Wasting Disease (CWD), lapor akhbar Daily Star semalam.

Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana melaporkan sebanyak 19 ekor rusa di negeri itu diserang penyakit CWD.

Haiwan dijangkiti CWD menunjukkan simptom  seperti renungan  kosong dan  menjadi sangat kurus serta agresif.



Selepas kes rusa pembawa CWD dilaporkan di negeri jiran, Mississippi pada 2018, ahli-ahli biologi Louisiana diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebimbangan mereka menjadi nyata apabila kes pertama rusa zombi dilaporkan pada 2022 di Tensas Parish, yang terletak berhampiran sempadan Mississippi.

Sehingga kini, terdapat 244 kes yang disahkan CWD di Mississippi dan dengan 19 dicatatkan di Louisiana.

Sehubungan itu, Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana mengisytiharkan kecemasan dan menetapkan ‘kawasan kawalan’. Ia merangkumi Tensas Parish dan sebahagian Concordia, Franklin, dan Madison.



Haiwan yang dijangkiti termasuk rusa, elk dan karibu, sangat mudah menularkan penyakit itu, dengan renungan tajam ketika dijangkiti menyebabkan ia digelar rusa zombi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), CWD telah ditemui di sekurang-kurangnya 31 negeri di Amerika Syarikat selain Norway, Finland, Sweden, Korea Selatan dan Kanada.

Penyakit yang membawa maut itu boleh menjangkiti manusia jika mereka makan daging rusa dijangkiti selain boleh menular menerusi rumput, persekitaran dan air tercemar. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker