PAS Tunggang agama , Majls Peguam tunggang undang undang.

Oleh Adam Malik

Semalam Majlis Peguam telah selesai melaksanakan mesyuarat khas nya.

Beberapa resolusi telah dicapai pada msyuarat itu.



Majlis Peguam yang sejak kebelakangan ini telah mengesahkan diri mereka sekadar ‘outfit” alat politik tertentu sahaja.

Jika mahu tahu apa pendirian MajPeg lihat sahaja pendirian Ambiga.

Apa yang Ambiga bantah , itu juga lah yang akan dilakukan oleh MajPeg.

Ketakutan MajPeg terhadap siasatan hakim Nazlan  boleh kita fahami.



Ini kerana hendak melindungi kes kes lebih besar didalam dunia perundangan.

Jika Hakim Nazlan bokeh disiasat , maka ia boleh membuka ‘floodgate’ untuk menyiasat hakim hakim lain juga yang dipercayai ada kesalahan sama.

Sistem yang sudah korup.

Kisah ‘case fixing” sudah lama tersebar dibelakang tabir.



Maka atas sebab itu Hakim Nazlan perlu dipertahankan oleh MajPeg bukan kerana undang undang tetapi kerana ada perkara lain disamping itu.

Resolusi MajPeg juga satu resolusi yang dilihat sebagai resolusi politik.

Ini kerana MajPeg langsung tidak mendesak bekas Gabenor Bank Negara yang bukan peguam didesak untuk diseret ke muka pengadian.

Memalukan apabila Majpeg menghentam Peguam Negara kerana tidak pertahankan pihak judisiari.



Tetapi tidak pul hentam Peguam Negara kerana tidak dakwa Zeti Aziz yang semua siasatan sudah lengkap.

Lebih memalukan apabila MajPeg mengkritik Menteri Undang Undang Azalina Said kerana  konon nya telah memperkecilkan kebebasan pihak judsiari.

Apakah pihak judisiari bebas melakukan sesuka hati dan ‘abuse’  undang undang ikut selera?

Itu kah yang dikehendaki oleh MajPeg?



Bagaimana pula dengan perlantikan Hakim Tunku Maimon yang tidak ikut prosidur JAC?

Bila pula MajPeg mahu membidas?

Ini lah antara masalah yang dihadapi negara.

Apabila pihak yang tahu undang undang perkosa undang undang semata mata mahu lindung salah laku dalam bidang mereka.



Anggota mereka melakukan rasuah cuba hendak dilindungi seolah olah satu kesalahan menyiasat perasuah jika dia serang hakim.

SPRM turut diserang kerana siasat Hakim Nazlan , tetapi jika siasat Mantan Perdana Menteri yang bukan kalangan yang disukai oleh MajPeg tidak mengapa walau banyak ketidakadilan berlaku.

Ia umpama Parti PAS yang konon nya faham agama Islam lebih dari orang lain.

Haram untuk orang lain, tapi Halal untuk mereka.

Fatwa dibuat ikut suka dan ikut cuaca, lebih buruk lagi ikut kepentingan parti.

Jika ada kerugian kepada parti, fatwa nya lain, jika ada untung politik, fatwa lain pula.

MajPeg sudah sama taraf dengan PAS , MajPeg tunggang undang undang, PAS pula tunggang agama,


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading