Agong, Raja Permaisuri sambut Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara

Oleh – Syeikh Baran


Agong, Raja Permaisuri sambut Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara
Sultan Ibrahim meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di Istana Negara, hari ini.

Menurut kenyataan, Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara berlangsung dengan kehaditan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beserta barisan Jemaah Menteri, serta Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Pegawai Kanan Kerajaan, dan kakitangan istana.



Sambutan bermula dengan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara, yang diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Hj Munir Md Salleh, yang turut membacakan khutbah Hari Raya.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat ke majlis santapan di Dewan Santapan Utama Istana Negara yang menyajikan pelbagai juadah tradisi sempena perayaan Aidilfitri.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading