4 pelesit rempit beraksi ‘Superman’ ditahan

Oleh – Syeikh Baran


4 pelesit rempit beraksi ‘Superman’ ditahan
Antara empat pelesit rempit yang diberkas ketika beraksi ala Superman di dua lokasi tumpuan di Pulau Pinang.

Tindakan empat pelesit rempit yang beraksi ala superman di dua port tumpuan hujung minggu di negeri ini membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis Pulau Pinang berkata, operasi itu tertumpu di kawasan hotspot iaitu di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan di Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Sama Gagah, di sini.



Menurutnya, operasi itu telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pulau Pinang bermula dari pukul 1 pagi sehingga pukul 6 pagi tadi.

“Hasil risikan operasi tersebut, JSPT Pulau Pinang telah berjaya menangkap empat penunggang motosikal secara berasingan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan di Lebuh Raya Utara Selatan (Shell Sama Gagah).

“Polis turut mengeluarkan sebanyak 19 saman atas pelbagai kesalahan dan sebanyak empat buah motosikal disita di bawah Sek 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kumpulan motosikal itu juga dilihat melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti ‘superman’, zig-zag dan melawan arus.



“Kesemua mereka telah ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading