Dua lelaki dicekup seludup bahan masak dari Thailand

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki dicekup seludup bahan masak dari Thailand
Dua lelaki tempatan yang ditahan bersama barang makanan yang diseludup dari negara jiran di Langkawi, kelmarin.

Dua lelaki warga tempatan ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi apabila cuba menyeludup masuk lebih 25 jenis bahan masak mentah dari Thailand ke sini pada kelmarin.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam Ops Taring Landai pada pukul 9.30 pagi di kawasan sungai Taman Nilam oleh bot ronda unit perisikan PPM Langkawi.



“Suspek warga tempatan berusia 48 dan 52 tahun ditahan semasa sedang memunggah keluar barangan tersebut daripada sampan ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

“Pemeriksaan mendapati terdapat bungkusan plastik yang mengandungi bahan masakan seperti beras pulut, jeruk buah, sosej, botol minuman berperisa serta beberapa jenis makanan segera yang dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya apabila dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran atau pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk membawa barang berkenaan.

Jelasnya, suspek mengaku barangan tersebut diperoleh daripada laut yang diambil daripada nelayan Thailand.



Ujarnya, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger, sebuah sampan selain barangan masakan yang diseludup.

Kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM123,982 dan kedua suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Langkawi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa barang tidak bercukai untuk pasaran tempatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading