KL, Selangor sesak orang pergi beraya

Oleh – Syeikh Baran


KL, Selangor sesak orang pergi beraya
Tangkap layar televisyen litar tertutup KLCCC DBKL memaparkan trafik perlahan di MRR2 setakat pukul 2.14 petang hari ini.

Memasuki minggu kedua Syawal, trafik di sekitar Selangor dan ibu negara dilaporkan sesak ekoran orang ramai keluar untuk memenuhi undangan rumah terbuka.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, trafik dilaporkan sesak di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur dan beberapa laluan utama masuk ke ibu negara dari Kajang dan Shah Alam, semalam.



Rata-rata pengguna juga memaklumkan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga sejam lamanya lebih-lebih lagi di Plaza Tol Sungai Besi.

“Kuala Lumpur dan Selangor memang akan sesak setiap hujung minggu, tak kisah siang ke malam sampai habis Syawal. Kadang-kadang terlajak minggu pertama Zulkaedah,” komen Amer.

“Semalam ada rumah terbuka dengan kenduri kat Shah Alam. Serius rasa macam nak patah balik, balik rumah. ‘Jem’ (sesak) dari semua arah,” ujar CikYong.

“Ya Tuhan jalan Seremban-Kuala Lumpur sesak sangat semalam. Sejam dah sangkut dekat Tol Sungai Besi. Hentian rehat pun tak nampak rupa lagi. Stres patut duduk rumah dan tidur sahaja,” komen Misya pula.



“Semalam Shah Alam ‘jem’ (sesak) melekat. Betul-betul orang ‘all out’ beraya ni. Aku rasa jem macam balik kampung masa raya,” komen pengguna media sosial lain pula.

Sementara itu, menurut laman Trafik Kuala Lumpur hari ini, jalan turut dilaporkan sesak menuju ibu negara antaranya di Jalan Ipoh, Kampung Datuk Keramat dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ekoran pertambahan kenderaan.

Bagaimanapun, keadaan lalu lintas masih lagi terkawal meskipun kenderaan kelihatan bergerak perlahan.


Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading