Anak artis tidak terkecuali, akan dilayan seperti orang biasa

Oleh – Syeikh Baran


Anak artis tidak terkecuali, akan dilayan seperti orang biasa
Fahmi bersama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Finas dan Perkeso di Hotel Royale Chulan. FOTO oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Anak kepada penggiat seni tanah air lebih-lebih lagi yang berusia 13 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk mempunyai akaun media sosial sendiri.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, walaupun hidup dalam keadaan serba mewah dan terkenal, anak artis juga tidak terlepas daripada penguatkuasaan media sosial dan akan dilayan sama seperti orang lain.



“Mana-mana platform tidak membenarkan sesiapa di bawah usia berikut (13 tahun ke bawah) untuk mendaftar akaun.

“Itu sudah melanggar garis panduan komuniti bagi platform media sosial.

“Sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan perbincangan, saya alu-alu kan,” katanya kepada wartawan Kosmo! ketika ditemui di sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.



“MCMC mendapati kanak-kanak pada umur tersebut tidak sesuai menggunakan mana-mana sosial media.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya dan MCMC. Kita akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan berkenaan memiliki akaun media sosial.

Mengulas lanjut, Kementerian Komunikasi sedang meneliti secara keseluruhan dan pada pertengahan Mei akan adakan mesyuarat jawatankuasa untuk mencadang rang undang-undang keselamatan dalam talian.



Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading