Lelaki ugut ibu bapa Naim Daniel ditahan di Kemunting, Perak

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki ugut ibu bapa Naim Daniel ditahan di Kemunting, Perak
Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik ugutan bunuh kepada ibu bapa pelakon Naim Daniel dalam media sosial ditangkap polis di Kemunting, Perak, pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam penangkapan tersebut suspek berusia 24 tahun itu, polis merampas telefon bimbit daripadanya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.



Menurutnya, suspek direman selama empat hari mulai hari ini dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

“Penangkapan itu adalah susulan daripada aduan seorang selebriti berusia 26 tahun di kaunter aduan Balai Polis Lenggeng pukul 9.50 malam, 15 Mei lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan suspek yang menghantar komen berbaur ugutan bunuh di media sosial terhadap ibu bapa kepada penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button