Adakah DS Najib Akan Menggugat Kedudukan Anwar Sekiranya Di Bebaskan

Adakah DS Najib Akan Menggugat Kedudukan Anwar Sekiranya Di Bebaskan

Adakah DS Najib Akan Menggugat Kedudukan Anwar Sekiranya Di Bebaskan

 

Terdapat beberapa pihak mendakwa, sekiranya DS Najib diberikan pengampunan dan dibebaskan, maka kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan tergugat.

Ada antara mereka berada dalam kerajaan dan mereka ini adalah golongan yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim.



Tidak kurang juga golongan yang sudah suam-suam kuku di dalam parti UMNO dan cuba menunggang isu kebebasan DS Najib.

Di lapurkan ada antara golongan ini agak rapat dengan DS Najib dan tidak kurang juga mereka yang mendakwa rapat dengan DS Najib, tetapi realitinya tidak begitu.

Mesej yang mereka hendak sampaikan kepada Anwar Ibrahim adalah sekiranya beliau membantu kebebasan DS Najib, maka kedudukan beliau akan tergugat.

Mereka mahu supaya Anwar Ibrahim kekalkan DS Najib di dalam penjara seberapa lama yang boleh.



Persoalan yang ingin penulis kupaskan adalah, adakah benar seiranya DS Najib dibebaskan, beliau akan menggugat kedudukan Anwar Ibrahim.

DS Najib adalah seorang party man dan pendirian beliau dapat dilihat selepas kejatuhan beliau dari kerusi perdana menteri pada tahun 2018.

Ketika itu beliau pernah ditanya, apakah beliau akan menubuhkan parti baharu memandangkan UMNO sudah lemah.

Malah ramai pemimpin UMNO ketika itu dilihat cuba menjauhkan diri dari beliau.



Jawapan tegas beliau adalah, saya orang UMNO, darah saya darah UMNO, kalau direndam berpuluh kali pun, saya tetap akan bersama UMNO.

Ketika pemilihan UMNO 2018, beliau tidak pernah menyatakan hasrat atau minat untuk bertanding mana-mana jawatan UMNO di peringkat pusat.

Bertitik tolak dari situ, beliau dilihat bekerja keras untuk memperkukuhkan UMNO.

Walau pun selepas itu beliau telah berjaya mengukuhkan UMNO, beliau masih lagi taat kepada parti dan keputusan kepimpinan tertinggi UMNO.



Kalau beliau mahu, beliau boleh sahaja mengatur gerakan untuk mengambil alih kepimpinan UMNO, tetapi itu bukan cara DS Najib.

Tidak Mungkin DS Najib Akan Menggugat Kedudukan Anwar

 

Penulis berpendapat, sekiranya DS Najib dibebaskan, tidak mungkin beliau akan menongkah arus untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang ahli politik yang cukup matang dan bijak, sudah pasti beliau tidak mahu dikatakan sebagai melepaskan anjing tersepit.



Penulis menjangkakan, sekiranya DS Najib dibebaskan sekarang, perkara pertama yang akan beliau lakukan adalah untuk mengukuhkan kembali UMNO sebagaimana sebelum ini.

Ianya tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Serta jangan lupa, sekiranya DS Najib tidak mendapat pengampunan penuh, beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan politik selama 5 tahun dari tarikh tamat hukuman.

Jadi, di mana asasnya DS Najib akan menggugat kedudukan Anwar Ibrahim sekiranya beliau dibebaskan?



Malah penulis yakin, sekiranya DS Najib dibebaskan, beliau akan dapat membantu Anwar Ibrahim dalam menjana ekonomi negara.

DS Najib pernah menjadi Menteri Kewangan dan Anwar Ibrahim juga pernah serta sedang menjawat jawatan tersebut.

Pengalaman dan pengetahuan kedua-dua mereka sudah pasti akan merancakkan pembangunan negara terutamanya dari sudut ekonomi.

 

Adakah DS Najib Akan Menggugat Kedudukan Anwar Sekiranya Di Bebaskan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button