Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh

 

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menerima ugutan bunuh dalam bentuk surat termasuk dua butir peluru yang dihantar ke kediamannya.

Beliau menemui surat dan peluru itu di dalam peti surat di kondominiumnya malam tadi.



“Semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya.”

“Saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.”

“Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4.”

Beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu kira-kira jam 9.48 malam tadi di balai polis Petaling.



Surat dan peluru itu juga telah diserahkan kepada polis.

Pasukan polis telah memeriksa peti surat di kondominiumnya untuk siasatan lanjut.

Ketika ditanya jika dia tahu sebab di sebalik ancaman yang tidak menyenangkan itu, dia menjawab, saya juga terkejut mendapat peluru.

“Ia seolah-olah satu tren untuk menyasarkan polis, Yang di-Pertuan Agong dan sekarang, ahli politik.”



“Buat masa ini saya tidak tahu mahu komen apa-apa kerana saya sibuk dan tiada masa untuk risau tentang kes ini.”

“Saya akan lebih berhati-hati mulai sekarang, tetapi saya perlu menjalankan tugas seperti biasa.”

“Saya berterima kasih atas keprihatinan KPD Brickfields dan pegawainya terhadap laporan saya.”

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata sebarang unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat terutamanya dalam menangani perbezaan pendapat politik.



Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan beliau berdepan dengan ugutan ini.

Anthony Loke juga menzahirkan keyakinan pihak polis akan berjaya menangani perkara ini dengan mengesan siapa pelakunya.

 

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button