PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?

 

Parti PAS memang dikenali sebagai parti yang oprtunis.

Di mana ada kesempatan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka, tanpa segan silu PAS akan segera merebutnya.



Prinsip dan dasar perjuangan PAS pula boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa.

Sekiranya mereka perlu menikam kawan, mereka akan lakukannya dan sekiranya mereka perlu mendakap musuh, mereka pasti akan melakukannya.

Setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh kepimpinan PAS, akan disertakan dengan hujah dan dalil untuk menghalalkan cara.

Sekiranya disemak dalam fakta sejarah parti politik di Malaysia, tidak ada satu parti politik di Malaysia yang tidak pernah PAS dakap.



Dan tidak ada satu parti politik yang pernah mereka dakap akan mereka khianatinya setelah laba kering disedut.

Mereka pernah berama dengan Pakatan Harapan dan mengkhianatinya.

PAS juga pernah bersama dengan UMNO/Barisan Nasional dan mengkhianatinya.

Kini timbul khabar angin, PAS kini sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan PPBM/Perikatan Nasional untuk sertai Kerajaan Perpaduan.



Penganalisa politik, Dr Ismail Sualman berkata, PPBM dilihat masih meragui kesetiaan dan keikhlasan PAS.

Namun begitu, tindakan beberapa ahli parlimen PPBM dan penyokong mereka yang berpaling tadah telah menimbulkan tandatanya kepada ahli dan pemimpin PAS.

Perkara ini dapat dilihat dengan tiada kesungguhan ahli dan pemimpin PAS dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

Lebih memburukkan keadaan apabila beberapa pemimpin utama PPBM kebelakangan ini sering memainkan isu calon perdana menteri dari Perikatan Nasional.



Tidak mustahil malah boleh dijangkakan sekiranya PAS membuat keputusan untuk meninggalkan PPBM dan Perikatan Nasional.

Walau pun Naib Presiden PAS, Dr Samsuri pernah menafikan PAS akan meninggalkan PPBM, namun bolehkah dipercayai kenyataan beliau.

Jangan lupa sejarah pemimpin PAS.

Di era kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, pernah menafikan PAS telah meninggalkan UMNO dan menyertai Perikatan Nasional.



Tetapi apa yang sedang berlaku ketika itu adalah sebaliknya.

 

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button