Dua dicekup kes bunuh peniaga dengan taser gun

Oleh – Syeikh Baran


Dua dicekup kes bunuh peniaga dengan taser gun
Tangkap layar berhubung kejadian tersebut

Dua lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes seorang peniaga mati dibunuh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan ‘taser gun’ di Taman Jaya, Kapar di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek tempatan berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan pihaknya kelmarin dan hari ini.



“Penahanan mereka dilakukan di sekitar Kapar bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

“Suspek pertama direman selama tujuh hari manakala tempoh reman ke atas suspek terbaharu akan diperoleh esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan angkara dendam, seorang peniaga dibunuh ala mafia oleh empat lelaki yang memasuki rumah mangsa dan kemudian menetak lelaki itu berkali-kali menggunakan parang dalam kejadian di Taman Jaya, Kapar di sini.

Kesemua suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta jenis Perodua Myvi selepas membunuh mangsa sebelum mayatnya ditemui dengan lebih tiga kesan tetakan pada anggota badan dalam keadaan tertiarap di depan bilik tidur.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button