Wanita keturunan India kekal seorang Islam

Oleh – Syeikh Baran


Wanita keturunan India kekal seorang Islam
Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan seorang wanita berketurunan India masih seorang Islam selepas menolak rayuan akhir untuk membatalkan penukaran agama oleh ibunya yang merupakan seorang mualaf ketika dia berusia empat tahun.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.



Beliau bersama-sama Hakim Datuk Abu Bakar Jais menolak rayuan wanita berusia 37 tahun itu, manakala Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan mencapai keputusan menentang.

Wanita itu merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Januari 2023 yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan dia bukan penganut agama Islam.

Ketika itu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam dengan keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan status agama wanita berkenaan.

Pada 21 Disember 2021, Mahkamah Tinggi membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button