Jalan lurus terpanjang di dunia

 

Jalan lurus terpanjang di dunia
HIGHWAY 10 (Lebuh Raya 10) itu menghubungkan bandar Al Darb, di barat daya, ke Al Batha, di bahagian timur. FOTO Argaam.com

Riyadh: Lebuh raya sepanjang 240 kilometer (km) yang menghubungkan dua bandar di Arab Saudi memegang gelaran jalan lurus terpanjang di dunia, lapor Oddity Central.

Highway 10 (Lebuh Raya 10) itu menghubungkan bandar Al Darb, di barat daya, ke Al Batha, di bahagian timur.

Ia adalah jalan yang agak sibuk, kebanyakannya dilalui oleh trak yang menghantar barangan, tetapi terkenal dengan laluan merentasi padang pasir Rub-al-Khali.



Infrastruktur khusus ini pada asalnya dibina sebagai jalan persendirian untuk Raja Fahd. Selepas menjadi jalan awam, ia mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai jalan lurus terpanjang di dunia.

Jalan lurus terpanjang di dunia
JALAN yang sangat lurus ini mempunyai anggaran masa pemanduan selama kira-kira dua jam. IMEJ Google Maps

Bagaimanapun, ia turut dikenali sebagai ‘paling membosankan jalan di dunia’ kerana terlalu lurus tanpa ada selekoh. Selain itu, pemandangan sepanjang laluan ini juga tidak menarik.

Menurut GWR, jalan yang sangat lurus ini mempunyai anggaran masa pemanduan selama kira-kira dua jam.

Sebelum ini, rekod untuk jalan lurus terpanjang di dunia ‘dipegang’ oleh Lebuhraya Eyre di Australia. Ia masih dikenali sebagai jalan lurus terpanjang di negara berkenaan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button