Representasi Inspektor Sheila batal pertuduhan ditolak

Oleh – Syeikh Baran


Representasi Inspektor Sheila batal pertuduhan ditolak
Inspektor Sheila ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Representasi pegawai polis tular Inspektor Sheila bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam dengan membunyikan hon kereta yang panjang ditolak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan pada sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan di Mahkamah Majistret sini hari ini.



Berikutan itu, peguam Anis Salihah Abdul Malek yang mewakili Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, memohon supaya tarikh perbicaraan baharu ditetapkan.

Ia kerana peguam utama M. Manoharan yang mengendalikan perbicaraan kes berkenaan perlu mehghadiri kes lain di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikh sama.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan telah menetapkan 10 dan 11 Jun ini bagi tarikh perbicaraan.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Majistret Illi Marisqa kemudian menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan iaitu pada 1 dan 2 Julai ini.



Pada prosiding 20 Mac lalu Manoharan mengesahkan kepada pemberita bahawa pihaknya menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), atas alasan pertuduhan dihadapi anak guamnya itu adalah remeh.

Pada 8 November tahun lalu, Inspektor Sheila selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam terhadap seorang wanita berusia 29 tahun.

Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta Aras B1, sebuah pusat beli belah di Brickfields di sini, pada pukul 5.26 petang, 16 Jun lalu.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button