Wanita Indonesia ini sanggup bergelumang dalam lumpur demi tingkatkan kesedaran keadaan jalan raya teruk
Sejauh mana anda sanggup bergelumang dalam lumpur demi meningkatkan kesedaran?
Wanita Indonesia ini sanggup bergelumang dalam lumpur demi tingkatkan kesedaran keadaan jalan raya teruk
SUMATERA: Sejauh mana anda sanggup bergelumang dalam lumpur demi meningkatkan kesedaran?
Ini yang dilakukan oleh seorang wanita dari Indonesia, yang mengambil langkah ekstrem demi membantah keadaan jalan raya yang teruk di kawasan perumahannya di selatan Sumatera.
Dengan bertudung hitam dan memakai gaun serta bergelumang dalam lumpur – Cik Ummu sempat mengukir senyuman sambil memegang poster yang mengecam keadaan jalan raya yang “terbiar” di sekitar kawasan itu.
Satu lagi poster tertera mesej: “Kesan negatif pada pendidikan, kesihatan dan ekonomi.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.
Menulis dalam catatannya, Cik Ummu berkata: “Buat sekian lama kami telah meminta pihak relevan untuk menjalankan kerja-kerja bagi memperbaiki prasarana jalan raya. Kerana jalan raya ini merupakan salah satu akses utama yang menghubungkan kawasan perkampungan ke daerah kecil ini.”
Dalam gambar-gambarnya, Cik Ummu juga menunjukkan keadaan beberapa jalan raya yang berlubang, dengan ada yang berukuran sepanjang jalan raya.
Menurut laporan oleh laman berita tempatan Tribun Lampung pada 8 Mei lalu, Cik Ummu mula menjalankan kempen demi mendapatkan keadaan prasarana lebih baik di daerah itu sejak beliau terjatuh ketika menunggang motosikal bersama salah seorang anaknya.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata beliau berharap catatannya akan dapat memberikan maklum balas membina dan meningkatkan mutu kehidupan penduduk.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (14 Mei) melalui WhatsApp, Cik Ummu berkata beliau ingin menggunakan wadah media sosial untuk membawa perubahan positif.
Suri rumah dan pencipta kandungan itu berkata jalan-jalan raya di daerah itu tidak dibaiki buat sekian lama dan ini menjejas sumber mata pencarian, keselamatan dan akses para penduduk kepada pendidikan.
Menurutnya, memang niat beliau untuk menggunakan unsur jenaka demi meningkatkan kesedaran terhadap isu tersebut. “Jika kita mempunyai aspirasi yang ganas, kesannya tidak begitu bagus,” katanya dalam Bahasa Indonesia.
SEKADAR MENARIK PERHATIAN?
Catatan Cik Ummu pada 3 Mei lalu tular dengan pantas dan ramai warga Indonesia dapat bersimpati dengan isu tersebut.
Malah, ramai juga yang tampil berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan keadaan jalan raya yang tidak terurus.
Pengguna Facebook “Dapit Saputra” menarik perhatian bahawa aktiviti-aktiviti seharian seperti perjalanan ke pasar turut terjejas akibat keadaan jalan raya yang teruk.
Seorang lagi pengguna, Winda Ariyanti”, berkata: “Kasihan kepada kanak-kanak bersekolah dan mereka yang sakit, ibu hamil dan penduduk yang sering menggunakan akses jalan raya ini.”
Namun, usaha Cik Ummu itu turut mendapat teguran terutama sekali kerana beliau menyertakan akaun pegawai pemerintah tempatan dalam catatannya.
Ada yang berkata bahawa perbuatannya itu sekadar mahu mendapatkan perhatian.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Cik Ummu mempertahankan tindakannya itu. Malah beliau terkejut oleh beberapa reaksi, yang menurutnya tidak konsisten dengan fakta.
Cik Ummu juga berkata kecaman itu tidak menjejasnya kerana beliau berniat baik sewaktu melakukan catatan itu, sambil menambah apabila jalan-jalan raya itu dibaiki ia akan memanfaatkan seluruh daerah dan memberi “pengaruh besar” terhadap usaha mempertingkatkan kehidupan para penduduk.
Cik Ummu juga sekadar mahu Lampung terkenal kerana sekitaran dan budayanya yang pelbagai, dan bukan cacat celanya sebagai sebuah daerah yang kurang membangun, katanya.
Dalam satu rencana oleh laman berita Lampung Viva pada Isnin (13 Mei), Jabatan Pekerjaan Umum dan Perancangan Ruang Kabupaten Lampung selatan sedia maklum keadaan jalan raya yang teruk di Merbau Mataram.
Namun ia menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk membaiki jalan-jalan raya di daerah itu kerana tiada peruntukan dalam belanjawan tahun ini.
Wanita Indonesia ini sanggup bergelumang dalam lumpur demi tingkatkan kesedaran keadaan jalan raya teruk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?
-
Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?