Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza semakin ganas, mengerikan, kata Afrika Selatan

Afrika Selatan memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis (16 Mei) bahawa keganasan Israel melakukan pembunuh beramai-ramai atau genosid kini semakin meningkat di Rafah dan sudah melampaui tahap mengerikan.

Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza semakin ganas, mengerikan, kata Afrika Selatan

Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza semakin ganas, mengerikan, kata Afrika Selatan
(Gambar: AFP)
THE HAGUE: Afrika Selatan memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis (16 Mei) bahawa keganasan Israel melakukan pembunuh beramai-ramai atau genosid kini semakin meningkat di Rafah dan sudah melampaui tahap mengerikan.

Afrika Selatan juga memohon mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengarahkan Israel menghentikan serta merta serangan di Rafah.

Prosiding perbicaraan dua hari di The Hague dimulakan dengan Afrika Selatan memohon hakim untuk memerintahkan gencatan senjata di seluruh Gaza.



ICJ mendengar banyak tuduhan terhadap Israel dari peguam yang mewakili ibu kota Afrika Selatan, Pretoria, termasuk kewujudan kubur secara besar-besaran, penyeksaan, dan tindakan sengaja menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Israel dilaporkan akan memberikan responsnya pada Jumaat.

Tel Aviv sebelum ini menekankan bahawa ia memberikan “komitmen tidak berbelah bahagi” kepada undang-undang antarabangsa, dan menganggap kes yang dibawa Afrika Selatan itu ‘tidak berasas dan menjijikkan secara moral’.

Peguam, Vusimuzi Madonsela, berkata Afrika Selatan berharap, pada hari terakhir perjuangan negara itu di mahkamah nanti ia dapat menghentikan kekejaman Israel, sekali gus membela rakyat Palestin dan menjamin kelangsungan hidup mereka.



Sekutu utama Israel, Amerika Syarikat (AS) turut menentang kes yang dibawa Afrika Selatan ke ICJ.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel, berkata pihaknya tidak percaya perkembangan terkini yang berlaku di Gaza boleh ditakrifkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

“Kami pasti dengan fakta itu dan percaya bahawa dakwaan berkenaan adalah palsu serta tidak wajar,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan terbaharu itu.

Hanya beberapa minit sebelum perbicaraan mahkamah dimulakan, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant berkata operasi di Rafah “akan diteruskan dengan pasukan tambahan akan memasuki” kawasan itu.



Sumber : AFP/NK/ha



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button