Penyerang ini bertindak secara ‘lone wolf’ – Saifuddin

Oleh – Syeikh Baran


Penyerang ini bertindak secara ‘lone wolf’ – Saifuddin
SAIFUDDIN ketika mengadakan sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

Polis sudah mengambil keterangan ke atas 46 individu bagi membantu siasatan kes serangan berdarah ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, individu yang diambil keterangan itu disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan fahaman Jemaah Islamiah atau tidak.



“Hasil dapatan daripada maklumat yang diperolehi daripada hasil siasatan ke atas individu ini, pasukan Polis Diraja Malaysia Diraja Malaysia (PDRM) mendapati suspek yang melakukan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian atau secara ‘lone wolf’.

“Serangan ke atas balai polis semalam adalah dilakukan sendirian bukan melibat satu organisasi besar yang boleh dikaitkan dengan (gerakan) Jemaah Islamiah ini yang boleh mengancam keselamatan awam,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, bagaimana kesemua individu yang diambil keterangan itu dilepaskan dan hanya keluarga terdekat suspek sahaja ditahan untuk siasatan lanjut.



Katanya, lima keluarga itu terdiri daripada ibu, bapa serta adik-beradik suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button