Isteri dipukul, ‘chat’ lucah dengan lelaki lain

Oleh – Syeikh Baran


Isteri dipukul, ‘chat’ lucah dengan lelaki lain
Gambar Hiasan

Seorang lelaki bertindak menyerang dan memukul isterinya selepas menemui perbualan mesra antara isterinya dengan lelaki lain, lapor saluran berita Okezone semalam. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Kabupaten Sleman,  sekitar jam 8.30 pagi (waktu tempatan) semalam.



Menurut pegawai polis tempatan, Lindawati Wulandari, suspek melakukan kekerasan itu kerana cemburu.

Suspek pada awalnya memeriksa telefon bimbit milik isterinya,  sebelum menemui perbualan mangsa bersama seorang lelaki yang dikenalinya. 

Lebih mengejutkan,  isi perbualan itu dianggap lucah dan berlebihan. Lelaki berkenaan kemudian mencekik dan memukul mangsa.

“Leher mangsa dicekik dan dia dipukul berkali-kali di beberapa bahagian sehingga mangsa menjadi trauma dan luka,” kata Lindawati. 



Mangsa kemudian melarikan diri dari rumahnya dan bersembunyi di rumah mukim sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button