Jenazah suspek serang balai polis belum dituntut

Oleh – Syeikh Baran


Jenazah suspek serang balai polis belum dituntut
Tapak kubur yang disediakan (dalam bulatan, khemah biru) dipercayai bagi pengebumian suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditempatkan jauh dari kubur lain.

Jenazah suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan seorang yang lain awal pagi Jumaat lalu, masih belum dituntut.

Mayat lelaki berusia 21 tahun itu masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).



Sumber bagaimanapun memaklumkan, proses bedah siasat telah selesai dijalankan pihak hospital berkenaan dan jasadnya dijangka dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Kampung Sungai Tiram, di sini.

Tinjauan ke lokasi mendapati, sebuah tapak kubur telah disediakan dipercayai bagi menempatkan jasad suspek berkenaan yang ditembak mati dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, lokasi tapak kubur berkenaan terletak di hujung tanah perkuburan tersebut dengan jarak kira-kira 200 meter dari kubur-kubur yang lain.

Kelmarin, dua anggota polis maut selepas Balai Polis Ulu Tiram diserang seorang individu bersenjatakan parang merampas senjata api.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button