Azmin perlu bersikap seperti anak jantan – Amirudin

Oleh – Syeikh Baran


Azmin perlu bersikap seperti anak jantan – Amirudin
Azmin (kiri) dan Amirudin.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihatkan bersikap seperti ‘anak jantan’ dan tidak takut untuk menghadirkan diri bertemu pihak polis untuk membantu siasatan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu lebih arif mengenai risiko yang harus beliau tanggung sekiranya menyebarkan semula sesuatu perkara yang dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke luar dewan.



“Itu risiko yang harus ditanggung oleh beliau (Mohamed Azmin). Dia kan anak jantan, dia kena pergilah (ke balai polis).

“Imuniti dalam dewan adalah untuk mengemukakan bicara. Bila dia menyebarkan kembali apa dia ucapkan itu, dia kena sedar risiko itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mohamed Azmin enggan hadir ke balai polis meskipun dipanggil mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bagi merekodkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini susulan kenyataannya dalam DUN pada Mac lalu mengenai pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Mohamed Azmin dalam kenyataannya pagi tadi menyifatkan notis tersebut adalah tidak berpelembagaan dan jelas melanggari perundangan telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.



Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan beliau tidak terlibat di dalam memberikan arahan agar laporan polis tersebut dilakukan terhadap Mohamed Azmin.

“Saya hanya dimaklumkan pihak terbabit membuat laporan itu kerana mereka merasakan mereka dikritik dan difitnah, itu ceritanya. Saya tidak terlibat langsung untuk membuat laporan atau pun memberi arahan,” jelasnya.

Sumber  – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button