Guru wanita maut kereta bertembung pikap

Oleh – Syeikh Baran


Guru wanita maut kereta bertembung pikap
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya bertembung dengan pikap.

Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan pikap berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Jaimi Husin berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 12.30 malam itu, mangsa berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Siasatan awal mendapati Toyota Hilux dari arah Kuching ke Serian yang dipandu seorang lelaki telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Axia yang dipandu mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Jaimi berkata pemandu pikap terbabit yang berusia 45 tahun selamat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu menggunakan peralatan menyelamat.

Susulan itu, beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepasa pihak polis untuk tindakan lanjut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button