Kes cabul: Doktor lelaki dibebaskan dengan jaminan polis

Oleh – Syeikh Baran


Kes cabul: Doktor lelaki dibebaskan dengan jaminan polis
Gambar Hiasan

Seorang doktor lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir hari ini.



“Kita telah rakam percakapan doktor tersebut, mangsa dan beberapa individu lain. Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya di sini hari ini.

Tangkapan terhadap doktor itu dibuat susulan laporan polis oleh mangsa yang mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

Suspek kemudian ditahan reman selama tiga hari bermula kelmarin (Khamis) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button