Tiga penjawat awam ditahan terima rasuah rumah urut

Oleh – Syeikh Baran


Tiga penjawat awam ditahan terima rasuah rumah urut
Empat suspek ditahan sekitar ibu negara semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) empat individu termasuk tiga penjawat awam kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan daripada premis perniagaan haram di ibu negara.

Menurut number, tiga suspek iaitu timbalan pengarah dan anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) serta anggota agensi penguat kuasa itu direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun ini.



Seorang lagi suspek yang merupakan bekas anggota agensi penguat kuasa pula direman lima hari sehingga 12 Jun ini.

Permohonan reman ke atas empat suspek berusia 30 hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Shairil Farhana Ruslan selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

“Suspek utama yang merupakan Timbalan Pengarah PBT dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan RM100,000 hingga RM500,000 sejak beberapa bulan lalu daripada premis-premis yang menjalankan kegiatan rumah urut dan hiburan selain premis tanpa lesen sah.

“Wang rasuah itu bagi membolehkan premis-premis perniagaan haram berkenaan beroperasi tanpa dikenakan tindakan penguatkuasaan.



“Susulan tangkapan ke atas suspek utama, SPRM kemudian menahan tiga individu lain kerana dipercayai menerima suapan dan berperanan sebagai orang tengah bagi mengagihkan wang rasuah kepada beberapa anggota penguat kuasa PBT,” katanya.

Menurut sumber itu, menerusi tangkapan ini, SPRM menyita wang tunai lebih RM200,000 selain barang kemas dan 28 keping wafer emas yang belum dikenal pasti anggaran nilai dan berat.

“Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dalam operasi yang diadakan semalam,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button