Laksana secara berperingkat

Laksana secara berperingkat

Laksana secara berperingkat
SEBANYAK 36 juta kenderaan berdaftar menyumbang kepada RM66.7 bilion dalam jualan runcit bahan api automotif pada 2023.

Kuala Lumpur: Rasionalisasi subsidi RON95 dijangka dilaksanakan secara berperingkat dan terukur untuk mengehadkan kejutan yang mungkin berlaku akibat kenaikan harga bahan api itu, demikian menurut penganalisis.

Ketua Penganalisis TA Securities, Kaladher Govindan berkata kerajaan berkemungkinan akan mengambil masa untuk menilai impak pelarasan harga diesel dan kesediaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi menentukan kelayakan bantuan tunai sebelum melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95.

Beliau berkata, pelaksanaan rasionalisasi RON95 adalah lebih rumit berbanding diesel ketika ini kerana ia akan memberi impak kepada sebahagian besar kenderaan berdaftar iaitu sekitar 36 juta serta menyumbang sebanyak RM66.7 bilion dalam jualan runcit bahan api automotif pada 2023.



Justeru, katanya ia tidak boleh dilaksanakan tergesa-gesa sehingga sistem yang betul disediakan dan kerajaan berkemungkinan akan melaksanakannya paling awal pada suku keempat tahun ini sebelum disemak secara berperingkat sehingga 2025.

“Kami khuatir kenaikan harga RON95 akan memberi kesan ketara kepada inflasi. Ia membawa wajaran yang lebih tinggi daripada diesel, 5.5 peratus daripada keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




“Justeru, dijangkakan impak yang lebih luas daripada pemotongan subsidi RON95 terhadap inflasi. Sumbangan langsung kenaikan 10 peratus dalam harga runcit RON95 kepada inflasi utama adalah dianggarkan sekitar 0.5 peratus berbanding hanya 0.02 peratus bagi pelaksanaan diesel.

“Jangkakan butiran lanjut tentang subsidi bahan api dalam Belanjawan 2025 akan datang, yang dijadualkan pada Oktober 2024. Pada masa itu, kerajaan mungkin mempunyai beberapa bulan data inflasi (Jun hingga September 2024) untuk menilai kesan mekanisme diesel,” katanya menerusi laporan separuh tahun pasaran TA Securities.

Kaladher berkata, dari satu sudut, ketiadaan subsidi secara pukal berkemungkinan akan meningkatkan harga minyak RON95 sebanyak RM1.25 daripada RM2.05 seliter ketika ini kepada RM3.30 seliter.



Namun, dari sudut yang lain pula, beliau berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dapat memberikan penjimatan yang lebih besar kepada perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penyatuan dan pembaharuan fiskal negara.

Katanya, dengan menggunakan andaian 20 bilion liter penggunaan bahan api tahun ini, dianggarkan setiap 10 sen kenaikan harga bahan api akan memberikan penjimatan sekitar RM2 bilion dalam subsidi bahan api setahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




Seperti yang dinyatakan dalam unjuran inflasi, TA Securities menetapkan harga pelarasan RON95 tahun ini sebanyak 40 sen, melonjakkannya kepada RM2.45 seliter.

“Namun, penjimatan penuh subsidi bahan api sebanyak RM8 bilion hanya akan dilihat tahun depan, yang sudah tentu bergantung kepada kuantum dan masa pelarasan. Lebih banyak dapat dijimatkan jika rasionalisasi subsidi bahan api RON95 berlaku tahun ini.

“Penjimatan ini boleh disalurkan semula untuk mengurangkan hutang kerajaan, menaik taraf infrastruktur atau agenda penting lain seperti menambah baik sistem penjagaan kesihatan, pendidikan serta meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

“Walau bagaimanapun, kami tidak menolak potensi peningkatan dalam bantuan sosial seiring dengan penyasaran semula subsidi. Program bantuan Budi Madani telah diperkenalkan selain daripada program bantuan sedia ada seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan peruntukan RM52.8 bilion bagi subsidi dan bantuan sosial di bawah Belanjawan 2024,” katanya.



Laksana secara berperingkat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button