Petronas sedia mulakan projek LNG di Kanada

Petronas sedia mulakan projek LNG di Kanada

Petronas sedia mulakan projek LNG di Kanada
Logo Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kuala Lumpur: Petronas dalam persiapan untuk memulakan projek LNG di Kanada dengan menambah tiga kapal gas asli cecair (LNG) cekap tenaga baharu yang dibina terutamanya untuk penghantaran dari Amerika Utara kepada pelanggannya.

Dengan pertambahan tiga kapal baharu iaitu Puteri Sejinjang, Puteri Mahsuri dan Puteri Mayang, jumlah keseluruhan kapal LNG untuk operasi Petronas di Amerika Utara sebanyak enam buah kapal.

“Sebelum ini, penghantaran dan menamakan tiga kapal pertama, Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong, pada Januari 2024,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.



Kapal-kapal itu, yang dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan, masing-masing mempunyai kapasiti kargo sebanyak 174,000 meter padu dan merupakan kapal terbesar dalam kumpulan kapal Petronas pelbagai saiz.

Ketua Pegawai Operasi Petronas Adnan Zainal Abidin berkata LNG, komponen utama untuk peralihan tenaga yang adil, akan kekal relevan untuk jangka masa panjang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?




“Dengan ketibaan kapal baharu ini, Petronas mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan bahan api pilihan yang amat diperlukan ini kepada pelanggannya melalui kaedah yang cekap dan dipercayai,” katanya.

Petronas mempunyai 25 peratus pegangan dalam LNG Canada di Kitimat, British Columbia, antara loji intensiti pelepasan karbon terendah di dunia. Kemudahan itu dijadualkan untuk memulakan operasi pada akhir tahun ini.

“Dengan pengembangan strategik kumpulan LNGnya, Petronas bukan sahaja meningkatkan kesediaannya untuk permulaan LNG Canada tetapi turut menekankan komitmennya sebagai rakan kongsi tenaga yang progresif menawarkan penyelesaian rendah karbon kepada pelanggannya,” menurut syarikat minyak nasional itu.

Petronas sedia mulakan projek LNG di Kanada


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button