LAGU ‘TEGUH’ UNTUK “FRONTLINER” DARI PENYANYI “MALU APA BOSSKU”

 

Kota Kinabalu : Penyanyi lagu “Malu Apa Bossku” telah mencipta sebuah lagu baru bertajuk “Teguh” yang dihadiahkan khas kepada barisan hadapan Negara yang berkorban dan mempertaruhkan nyawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19.

Lagu berdurasi 4 minit 41 saat tersebut telah dicipta dan ditulis oleh Nur Fazz (Nur Fadzillah Binti Noordin) dan muzik disusun oleh Mohd Zubir Lasuboh (Tune Studio). ‘Teguh’ mengetengahkan pengisian lirik dan kekuatan vokal yang dimiliki oleh Nur Fazz.

Selepas sensasi dengan lagu ‘Malu Apa Bossku’ sehingga mendapat perhatian Mantan Perdana Menteri Ke-6 (Dato Seri Najib Razak), Nur Fazz muncul dengan sebuah lagu baru yang dimuatnaik di Youtube menerusi akaun IAMFAZZ_Official pada 5 april 2020.

Ketika ditemubual, Nur Fazz memberitahu bahawa lagu tersebut diinspirasikan ketika beliau bertugas menghantar bantuan makanan kepada barisan hadapan Negara yang bertungkus-lumus menjaga keamanan, keselamatan dan nyawa masyarakat awam.



Selain bergiat di dalam industri seni nyanyian, Nur Fazz juga merupakan Presiden kepada Briged Negaraku Sabah (NGO) yang bergerak aktif di dalam membantu masyarakat berstatus miskin luar bandar dan miskin tegar.

[Klik Pautan]

https://www.youtube.com/watch?v=5UreFqFQF_o

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker