PERBALAHAN DALAMAN PUNCA PENYALURAN BANTUAN KEPADA PENEROKA FELDA TIDAK CAPAI SASARAN?
Persoalan mengenai bantuan kepada peneroka Felda nampaknya sudah ada jawapan. Sebuah NGO Felda dikenali sebagai GENERASI sudah menaikmuat video mengenai penghantaran bantuan buat 112,635 keluarga didalam rancangan Felda seluruh negara.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=oDeR64yrTAs[/embedyt] [the_ad id=”341″]
Timbul persoalan mengapa masih ada rungutan dari kalangan peneroka dan anak mereka yang menyatakan tiada apa-apa bantuan daripada FELDA yang mereka terima? Tinjauan dalam media sosial mengejutkan apabila komentar pedas bertingkah.
Ada juga desas desus semua ini berlaku apabila ada krisis dalaman dalam Felda sendiri yang melibatkan jawatan tertinggi. Ada juga yang menyatakan Pengerusi Felda, Tan Sri Bakke Salleh telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda kerana tidak ‘senang’ dengan Pengarah Besar Felda namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Hanya mereka sahaja mampu menjawap persoalan tersebut. Apa yang dikesalkan jika benar krisis itu wujud, mengapa Peneroka Felda yang dimangsakan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan bagi mengekang wabak Covid-19? Bukankah peneroka Felda jadi keutamaan buat mereka yang dilantik menjaga Felda? Janganlah kerana perseteruan dalaman Peneroka Felda jadi mangsa di waktu sukar ini. Mungkin Pengerusi Felda ada penjelasan tersendiri apabila
Walau bagaimanapun ucapan terimakasih perlu diberikan kepada NGO yang berjanji akan menyalurkan bantuan kepada semua peneroka Felda melalui NGO GENERASI. Adalah diharapkan agar tiada rungutan daripada Peneroka Felda yang masih belum terima bantuan menerusi GENERASI.