Bekas guru besar dipenjara sehari, denda RM10,000 kes rasuah

Bekas guru besar dipenjara sehari, denda RM10,000 kes rasuah

Bekas guru besar dipenjara sehari, denda RM10,000 kes rasuah
Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA), Kamaludin Sahlan, didakwa pertuduhan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung kerja selenggara dan naik taraf bangunan serta infrastruktur sekolah di daerah Petaling dan Kuala Selangor pada 2019.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Kamaludin Sahlan, 51, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya pada Disember tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan penjara lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.



Tertuduh didakwa meminta 11 peratus daripada seorang lelaki sebagai dorongan serta membantu individu terbabit mendapatkan kerja selenggara dan naik taraf bangunan dan infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Dia turut mengaku bersalah menerima RM164,800 menerusi pindahan ke akaun bank miliknya daripada seorang lelaki berusia 53 tahun atas tujuan sama dan semua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan cawangan bank di Kota Kemuning, Seksyen 31, dekat sini antara Mei 2019 hingga 21 April 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bagi setiap pertuduhan, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan wang berjumlah RM100,000 dalam akaun bank milik seorang lelaki berkaitan kes itu dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia, selain wang jaminan RM30,000 dikembalikan kepada tertuduh.

Kamaludin dalam rayuan menerusi peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan, menyesal atas kesalahan itu, selain turut hilang kerja, pampasan dan pencen.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman, pula memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam ketika menjatuhkan hukuman kerana kes rasuah adalah kesalahan serius.

Bekas guru besar dipenjara sehari, denda RM10,000 kes rasuah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button