AEON Credit terbit sukuk wakalah RM80 juta

AEON Credit terbit sukuk wakalah RM80 juta
AEON Credit Service (M) Bhd

KUALA LUMPUR: AEON Credit Service (M) Bhd telah menerbitkan sukuk wakalah kedua di bawah program kertas komersial Islam (ICP) sebanyak RM80 juta dalam nilai nominal dan tempoh enam bulan dari tarikh terbitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AEON Credit berkata hasil yang diperoleh daripada terbitan itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah.

“Hasil itu akan digunakan untuk pengeluaran pembiayaan kepada pelanggan dalam urusan biasa perniagaan yang menyediakan pembiayaan pengguna berdasarkan prinsip syariah, perbelanjaan berkaitan program ICP serta membiayai semula mana-mana kemudahan pembiayaan Islam sedia ada dan akan datang,” katanya.

Penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank itu menerbitkan sukuk wakalah pertama sebanyak RM50 juta pada 9 Mac 2023.



-BERNAMA

AEON Credit terbit sukuk wakalah RM80 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button