Troli beli-belah pintar EzyCart buatan Malaysia

Troli beli-belah pintar EzyCart buatan Malaysia

Troli beli-belah pintar EzyCart buatan Malaysia
EzyCart dibangunkan melalui kerjasama NanoMalaysia dan Retailetics Sdn Bhd – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Troli beli-belah pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI), EzyCart, yang juga produk inovasi tempatan akan digunakan di pasar raya besar terkemuka di Malaysia seperti Redtick, Lotus’s dan Jaya Grocer.

Dibangunkan melalui kerjasama NanoMalaysia Bhd dan penyedia penyelesaian automasi runcit berasaskan AI, Retailetics Sdn Bhd, produk pintar itu mempunyai teknologi seperti imbasan kod bar, pengesahan berat barangan dan gabungan sensor ciri canggih yang dapat mengelak risiko kecurian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad, berkata EzyCart itu, yang dilengkapi dengan sistem e-dompet, juga membantu pengguna mencari produk di rak barangan serta menggunakan bahan antibakteria berasaskan teknologi nano bagi memastikan ia sentiasa bersih.x



Ditemui selepas pelancaran EzyCart oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, di Redtick Putrajaya hari ini, beliau berkata NanoMalaysia memperuntukkan dana RM1 juta bagi pembangunan troli berkenaan.

Buat permulaan, katanya EzyCart akan diaplikasikan di Redtick Putrajaya dengan sebanyak 10 troli diletakkan di pasar raya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




“Kita (NanoMalaysia) juga akan membimbing Retailetics bagi tujuan pemasaran produk sehingga dapat menembusi pasaran rantau Asia Tenggara,” katanya.

-BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading