Jadi kaya selepas jumpa ‘pelita jin’

Oleh – Syeikh Baran


Jadi kaya selepas jumpa ‘pelita jin’
SEPASANG suami isteri memenangi pertandingan mencari harta karun anjuran Treasure Games baru-baru ini. – FACEBOOK

Sepasang suami isteri menjadi jutawan segera selepas mereka menemui ‘pelita jin’ seperti yang dipaparkan dalam adegan filem popular, Aladdin, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Ron Novak dan Michelle Bush diberi peluang memilih antara tiga hajat atau wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.74 juta) selepas memenangi pertandingan mencari pelita berkenaan anjuran Treasure Games baru-baru ini. 



Mereka yang membayar wang pendaftaran, melakukan perjalanan ke Dallas di negeri Texas untuk mencari pelita tersebut.

Selepas diisytiharkan sebagai pemenang, Ron dan Michelle memilih tiga permintaan yang boleh ditunaikan dan bernilai sekitar AS$1 juta sebagai hadiah mereka.                  

Antara tiga permintaan tersebut termasuk Ron mendermakan sejumlah wang tunai kepada sebuah badan amal yang pernah membantunya ketika dia terpaksa hidup sebagai gelandangan pada suatu masa dahulu. 

“Bagi saya, ini adalah hadiah terbesar kerana dapat memberikan mereka wang. Badan amal berkenaan pernah membantu saya ketika dahulu,” kata Ron. 



Permintaan kedua pasangan tersebut adalah menjadi pemilik rumah tumpangan Motel Southwest, manakala hajat terakhir mereka membeli sebuah van serbaguna . – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button