Kota New York miliki 350,000 jutawan

Oleh – Syeikh Baran


Kota New York miliki 350,000 jutawan
BANDAR RAYA New York memiliki ramai jutawan di dunia. – Foto AFP

Bandar Raya New York mempunyai bilangan jutawan paling ramai di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut firma perunding imigresen Henley & Partners, kira-kira 350,000 jutawan tinggal di New York. Angka tersebut merupakan peningkatan sebanyak 48 peratus berbanding dekad lalu.



Statistik itu menunjukkan bahwa seorang daripada 24 penduduk di Bandar Raya New York mempunyai nilai kekayaan sekurang-kurangnya tujuh angka atau bersamaan AS$1,000,000 (RM4.74 juta).

Setakat ini, Bandar Raya New York mempunyai sekitar 8.2 juta penduduk.

Malah, kota metropolitan berkenaan juga mempunyai kira-kira 60 bilionair dan 744 orang yang mempunyai kekayaan bernilai lebih AS$100 juta (RM474.59).

Secara kolektif, keseluruhan penduduk di Bandar Raya New York mempunyai kekayaan melebihi AS$3 trilion (RM14.23 trilion).



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Juerg Steffen, modal kewangan di Amerika Syarikat mendapat manfaat daripada ledakan dalam pasaran saham sejak beberapa tahun kebelakangan ini. — AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button