Lapor polis jika terima panggilan STR, SARA minta bayaran

Oleh – Syeikh Baran


Lapor polis jika terima panggilan STR, SARA minta bayaran
Orang ramai yang menerima panggilan daripada talian rasmi STR dan SARA agar segera membuat laporan polis jika diminta untuk membuat bayaran. Gambar hiasan

Orang ramai yang menerima panggilan daripada talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) agar segera membuat laporan polis jika diminta untuk membuat bayaran.

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, terdapat cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi itu untuk menghubungi orang ramai secara rawak dan meminta membuat bayaran dalam jumlah yang besar.



“Kementerian ini tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Tegas kementerian itu, pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran daripada orang ramai bagi sebarang tujuan.

 

“Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan STR atau SARA iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut,” katanya.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.



Manakala SARA pula merupakan program lanjutan kepada inisiatif STR di bawah Belanjawan Madani Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button