Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

6 Jun yang lepas, penulis ada menerbitkan artikel bagaimana presiden PAS, Hadi Awang dan MB Terengganu, Dr Samsuri, mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit dari tanah rakyat Terengganu.

Tanah bekas tapak Mahkamah Tinggi Terengganu pada mulanya Hadi Awang serahkan kepada Koperasi Batu Burok yang dimiliki PAS.

Kemudian apabila kerajaan negeri bertukar kepada BN, tanah tersebut telah ditebus semula dengan harga RM6.7 juta.



Apabila kerajaan negeri sekali lagi bertukar kepada PAS, Dr Samsuri yang menjadi MB Terengganu telah menjualkan pula tanah tersebut kepada Khairunnisak.

Khairunnisak adalah NGO kepunyaan isteri menteri besar dan exco PAS Terengganu.

Tanah tersebut dijual dengan harga yang jauh di bawah pasaran, RM550,000.

Sedangkan premium tanah sahaja dianggarkan bernilai RM5.8 juta, manakala harga pasaran adalah RM29.5 juta.



Kini terbongkar satu lagi perbuatan merompak tanah rakyat Terengganu yang dilakukan oleh PAS Terengganu melalui Dr Samsuri.

Terengganu Coverage melaporkan, sebidang tanah yang menjadi tapak pasar malam untuk rakyat marhaen mencari sesuap nasi sudah bertukar milik.

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Tanah seluas 3.5 ekar yang bernilai RM11.84 juta di Lot PT 2866 Penempatan Tok Adis Fasa II Mukim Kuala Ibai itu dijual kepada Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Terengganu Berhad (Kokhidmat).



Kokhidmat adalah koperasi milik pemimpin PAS Terengganu.

Mesyuarat Exco Kali Ke-6/2021 pada 17 Februari 2021 telah meluluskan ‘penganugerahan’ tanah tersebut kepada Kokhidmat.

Tanah tersebut dipohon dengan tujuan untuk dijadikan tapak perumahan komersil oleh Kokhidmat.

EXCO Terengganu juga telah mengenepikan bantahan dari 3 agensi PBT yang tidak bersetuju dengan permohonan Kokhidmat ke atas tanah tersebut.



Agensi tersebut adalah:

  1. Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu
  2. Jabatan Kerja Raya Kuala Terengganu
  3. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Kerana mahu mengaup keuntungan jutaan ringgit, PAS Terengganu rela ‘menghalau’ peniaga yang mencari sesuap nasi di Pasar Malam Tok Adis.

Tahniah rakyat Terengganu kerana terus mengekalkan pentadbiran Melayu Isley PAS di Terengganu.

 



Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button