MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu

MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu

MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu

 

2 parti komponen Barisan Nasional, MIC dan MCA yang sebelum ini mengumumkan tidak berkempen dalam PRK Kuala Kubu Baharu telah membuat keputusan yang berbeza.

MIC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden MIC, Vigneswaran, telah menyatakan pendirian untuk turun berkempen bagi memastikan kemenangan calon PH dalam PRK tersebut.



“Saya nak semua ahli MIC dari Kuala Kubu Baharu turun bersama-sama DAP dan PKR berkempen untuk calon PH.”

“Pendirian MIC konsisten setelah kita menyokong perdana menteri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan perpaduan selepas PRU15.”

“Ketika itu kita berjanji kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Anwar sehingga tamat penggal ini.”

“Kita tak akan menyokong pihak lain.”



“Jadi tidak salah hari ini MIC sedia menyokong calon PH dalam PRK ini.”

“Saya setuju dengan segelintir pengundi tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan hari ini.”

“Mereka berhak marah kerajaan hari ini.”

“Tapi siapa yang bermanfaat jika pengundi India bertindak boikot PRK ini.”



“Sudah tentu, pihak yang mendapat manfaat adalah pihak yang sering bermain isu bangsa dan agama,” kata beliau.

Manakala MCA pula masih terus berkeras untuk memboikot dan enggan berkempen di PRK Kuala Kubu Baharu.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak turun berkempen untuk PH selepas dipersenda, dimaki hamun dan diperkecilkan oleh Anthony Loke.

Beliau juga berkata pihak yang mahu mereka turun berkempen perlu tahu ahli MCA mempunyai maruah dan harga diri.



Penulis menghormati pendirian kedua-dua parti.

Tetapi sebagaimana yang dikatakan Vigneswaran, sekiranya PRK diboikot, pihak yang akan mendapat keuntungan adalah Perikatan Nasional.

Tindakan boikot boleh diibaratkan, menang jadi arang, kalah jadi abu.

Masih belum terlambat untuk MCA mengubah pendirian.



Mengenai maruah MCA yang tercalar, boleh diuruskan di meja perbincangan selepas PRK Kuala Kubu Baharu.

 

MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading