Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop

Formula Rafizi RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop

Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop

 

Sebelum menjadi Menteri Ekonomi dan masih lagi bergelar pembangkang, Rafizi Ramli memang terkenal dengan pelbagai formula ekonomi.

Satu kelebihan yang ada pada Rafizi, ialah beliau bijak mempengaruhi pendengar untuk mempercayai semua formula yang beliau ilhamkan itu akan dapat mengubah kehidupan rakyat dan negara.



Kalau didengar sekali lalu, pasti kita akan terpengaruh dengan formula-formula Rafizi.

Sudah pasti kita yakin bahawa Rafizi adalah seorang yang sangat bijak.

Malah kita anggap beliau adalah satu-satunya pemimpin yang mampu mengubah landskap ekonomi negara.

Tetapi, setelah diberikan kepercayaan sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi bukan sahaja gagal merealisasikan formula beliau.



Tetapi ternyata semua formula yang pernah beliau keluarkan dahulu tidak berkesan, malah dilihat semakin memburukkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Hingga akhirnya beliau telah digelar sebagai Raja Formula Songsang.

Cuba kita imbas balik kelentong yang pernah Rafizi buat.

Beliau pernah berkata ekonomi era DS Najib teruk dan negara mahu bankrap walaupun indeks bursa naik dari kurang 800 mata ke 1,895 mata, paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14.



Tetapi kini apabila indeks bursa menjunam ke paras 1,567 mata, Rafizi kata ekonomi negara adalah mantop…😜😜😜

Sebelum PRU14, nilai matawang Ringgit berbanding USD adalah 1USD bersamaan RM3.86 dan Rafizi kata nilai Ringgit semakin jatuh dan jika dibiarkan negara akan bankrap.

Tetapi sekarang, nilai Ringgit adalah RM4.78 bagi setiap 1USD, Rafizi tetap kata keadaan ekonomi negara sangat mantop…😜😜😜

Di era DS Najib beratus-ratus bilion pelaburan asing telah berjaya dibawa masuk, Rafizi kata pelabur asing semakin hilang kepercayaan untuk melabur di Malaysia.



Tapi hingga ke hari ini, dilapurkan pelabur asing sudah menarik dana sebanyak RM5.5 bilion, apa pula komen Rafizi?

 

Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading