Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja

 

Antara orang yang paling tidak layak untuk bercakap tentang kesetiaan atau perderhakaan kepada raja adalah Annuar Musa.

Mungkin generasi Tiktok atau Instagram tidak tahu sejarah penderhakaan Annuar Musa terhadap Sultan Kelantan.



Pada 29 April 1993, Annuar Musa secara tidak sah ‘menabalkan’ Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra.

Annuar Musa ketika itu adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Tindakan derhaka Annuar Musa adalah disebabkan Sultan Kelantan ketika itu, Almarhum Tengku Ismail Petra, enggan menandatangani pindaan perlembagaan mengenai imuniti Raja Raja Melayu.

Baru-baru ini, ketika mengulas mengenai Titah Adendum Di Raja terhadap pengampunan DS Najib, Annuar Musa berkata kerajaan tak harus derhakai Titah Adendum Di Raja.



“Jangan cuba pertikai atau menimbulkan keraguan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam memberi pengampunan.”

“Lembaga Pengampunan diwujudkan untuk memberi nasihat dan pandangan.”

“Yang di-Pertuan Agong boleh memutuskan atau menitahkan perkenan baginda dalam mesyuarat atau selepas mesyuarat.”

“Hak baginda tidak harus dipertikaikan.”



“Sejak zaman berzaman, Raja-raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan.”

“Perlembagaan Negara mengekalkan hak dan kuasa tersebut melalui perkara 42(1) dengan jelasnya.”

“Pengalaman saya sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kami amat memahami dan menghormati kedudukan tersebut,” kata Annuar Musa.

Sama ada Annuar Musa tidak tahu atau tidak faham atau sengaja tidak mahu faham tujuan utama semakan kehakiman diminta oleh DS Najib, penulis tidak pasti.



DS Najib bukan mahu membuktikan kerajaan sekarang derhaka pada titah YDP Agong.

Tujuan semakan kehakiman adalah untuk mengeluarkan surat titah tersebut yang kini tidak diketahui di mana.

Dengan menzahirkan surat titah tersebut, maka adalah menjadi kewajiban semua pihak untuk mematuhinya.

Tidak timbul masalah derhaka dalam isu ini.



Yang pernah derhaka kepada rajanya sendiri adalah Annuar Musa dan layakkah beliau bercakap mengenai kesetiaan atau penderhakaan kepada raja?

 

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading