Implikasi Kegagalan Mematuhi Titah Di Raja Ke Atas Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu

Implikasi Kegagalan Mematuhi Titah Di Raja Ke Atas Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu

Implikasi Kegagalan Mematuhi Titah Di Raja Ke Atas Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu

 

Setiap warga di negara yang berdaulat ini wajib menjunjung sepenuhnya kesemua prinsip yang ada dalam Rukun Negara.

Prinsip Rukun Negara yang kedua adalah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.



Benar, sistem monarki yang memerintah di Malaysia bukanlah sistem monarki mutlak, tetapi adalah berdasarkan prinsip Raja Berpelembagaan.

Namun begitu, di dalam menjalankan tugas rasmi, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa mutlak kepada YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Dan ianya tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah apabila baginda menggunakannya.

Isu Titah Adendum Di Raja yang dikeluarkan oleh Al Sultan Abdullah ketika baginda masih lagi sah sebagai YDP Agong ke XVI terus menjadi perbahasan umum.



Ada pihak yang mendakwa, titah itu tidak sah kerana ianya dikeluarkan selepas persidangan Lembaga Pengampunan.

Persoalannya, apakah benar dakwaan tersebut.

Peguam kanan, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, berkata, kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Namun begitu, andaian yang dibuat oleh sesetengah pihak adalah tuanku perlu menerima nasihat dari pihak yang berkenaan dan membuat titah pengampunan dengan sewajarnya.



Ternyata andaian itu adalah tidak tepat dan berlawanan dengan kuasa prerogatif baginda yang telah diberikan oleh perlembagaan.

Malah, kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong tidak terhad kepada mengurangkan hukuman penjara atau pengampunan penuh banduan.

Ia juga turut terpakai kepada Seksyen 43 Akta Penjara iaitu membenarkan pelepasan atas lesen bagi banduan yang menjalani tempoh pemenjaraan.

Maka, adalah sangat wajar, titah adendum tersebut dikuatkuasakan oleh pihak yang berkenaan dalam cara yang konsisten dengan undang-undang.



Kegagalan mematuhi titah tersebut boleh ditafsirkan sebagai secara sengaja dan sedar enggan mematuhi titah Di Raja.

Ianya bukan sahaja betrentangan dengan prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

Malah, ianya akan turut mencalarkan kredibiliti keseluruhan institusi monarki negara yang selama ini dilindungi oleh perlembagaan.

 



Implikasi Kegagalan Mematuhi Titah Di Raja Ke Atas Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading