Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas

 

Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas

Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, mempersoalkan tindakan DS Zahid menandatangani afidavit menyokong permohonan DS Najib untuk menjalani hukuman penjara secara tahanan rumah.

Beliau menganggap tindakan sedemikian adalah tindakan mencabar kerajaan.



Hassan mencadangkan agar DS Zahid mencontohi bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam, dengan meletak jawatan daripada kabinet.

Hassan memetik peletakan Musa pada 1986 kerana tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu.

“Apakah implikasi undang-undang apabila seorang timbalan perdana menteri bersumpah dalam afidavit dalam prosiding semakan kehakiman yang mencabar keputusan kerajaan.”

“Timbalan perdana menteri adalah sebahagian daripada kabinet?”



“Semakan kehakiman adalah satu permohonan oleh satu pihak yang memohon kepada mahkamah smenyemak keputusan atau tindakan yang telah diambil oleh kerajaan.”

“DS Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan.”

“Beliau menamakan beberapa responden terdiri daripada beberapa menteri termasuk peguam negara, pengarah penjara dan lembaga pengampunan.”

“Maka ia bermakna mencabar keputusan lembaga pengampunan dan kerajaan.”



“DS Zahid mengikrarkan afidavit dan bersumpah atas jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan juga sebagai presiden parti komponen kerajaan yang menyokong permohonan bekas perdana menteri.”

“Maka ia bermakna timbalan perdana menteri yang secara rasmi mencabar keputusan lembaga pengampunan.”

“Dan keputusan kerajaan serta tuduhan bahawa keputusan yang dibuat itu keputusan yang silap,” kata beliau.

Mungkin Hassan buat-buat lupa kenyataan dari perdana menteri yang merupakan presiden parti beliau sendiri.



Anwar menyatakan, afidavit yang dibuat oleh DS Zahid adalah atas kapasiti beliau sebagai presiden parti.

Dan yang dicabar oleh DS Najib adalah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang didakwa mengabaikan titah adendum YDP Agong.

Penulis tidak nampak di mana relevannya apabila Hassan menyamakan isu tersebut dengan tindakan Musa Hitam meletakkan jawatan di era Dr Mahathir.

Musa Hitam meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Dr Mahathir dan ianya adalah isu peribadi.



Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading