Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing

Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing

Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing

 

Pada tahun 2022, DS Najib sudah minta kerajaan bantu Sapura Energy supaya rizab minyak milik mereka tidak jatuh ke tangan asing.

DS Najib menegaskan kerajaan perlu menawarkan pinjaman kepada Sapura Energy Bhd.



Ianya bagi menyelamatkan rizab minyak daripada jatuh ke tangan asing sebelum potensi sepenuhnya dapat direalisasikan.

Beliau berkata, anak syarikat syarikat itu, Sapura OMV, memiliki rizab minyak dan gas sebanyak 264 juta tong dengan nilai kasar RM110.8 bilion.

Jika baki 50% pegangan dalam Sapura OMV dijual untuk menyelesaikan hutang, rizab minyak akan jatuh ke tangan asing.

Ini adalah salah satu sebab beliau minta kerajaan beri jaminan pinjaman.



Supaya telaga dan rizab minyak dan gas dari muka bumi negara tetap dimilik Malaysia.

Alternatif lain ialah kerajaan boleh arahkan Petronas mengambil alih Sapura dari PNB secara sementara.

Sapura OMV mengendalikan pelantar minyak di perairan Malaysia.

DS Najib berkata, penjualan aset jangka panjang yang sangat bernilai.



Ia untuk menyelesaikan masalah aliran tunai jangka pendek adalah tidak munasabah dan merugikan.

Tanah Di Pijak Milik Orang

 

Ketua Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Anuar Mohd Taib berkata, syarikat itu telah mula membincangkan mengenai penstrukturan semula pinjaman berjumlah RM10.3 bilion.

Ia dibincangkan dengan sembilan bank dan merancang untuk menjual beberapa asetnya.



“Sapura Energy tidak mampu lagi mengekalkan operasinya.”

“Ia akibat bebanan hutang semasa, yang mana perlu membayar hampir setengah bilion faedah setiap tahun.”

“Lagi cepat kita membuat menyusun semula hutang, lagi baik,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan itu mahu menumpukan pada perkhidmatannya, yang bermakna kurang memberi tumpuan kepada penerokaan dan pengeluaran



“Ini bermakna aset dalam kategori terakhir berkemungkinan untuk dijual,” tambah beliau.

Namun tidak didengar kerajaan.

Semalam, Sapura umum mereka menjual baki 50% pegangan dalam Sapura OMV mereka kepada kepada Total Energies Holdings SAS (TotalEnergies).

Sebuah milik Perancis dengan harga berjumlah AS$705.3 juta (RM3.37 bilion).



Paling mengecewakan ialah Total Energies Holdings baru sahaja beli kepentingan 50% pertama dari syarikat Austria OMV.

Ia dibeli dengan harga US$903 juta (RM4.3 bilion) pada bulan Febuari 2024.

Kini Sapura terpaksa pula jual baki 50% kepada pembeli sama.

Hanya dengan harga US$705.3 juta (RM3.37 bilion) iaitu US$198 juta (RM946 juta) lebih rendah dari jualan 50% pada bulan Februari.

Menghairankan, kenapa harga boleh pulak jatuh US$198 juta (RM946 juta) dalam masa dua bulan sahaja.

Sedangkan jumlah kepentingan yang sama dalam syarikat yang sama dijual kepada pembeli yang sama.

Dan ianya juga US$494.7 juta (RM2.4b) lebih rendah berbanding nilai US$1.2 bilion sebenar yang Sapura tawarkan.

Kebimbangan DS Najib pada tahun 2022 kini menjadi realiti.

Rizab minyak Malaysia dijual dan pada harga yang murah pada ketika harga minyak dunia tinggi dan industri Oil dan Gas sedang matap hanya sebab Sapura milik PNB terdesak dan tertekan kerana kerajaan tidak mahu bantu Sapura.

Di mana Rafizi yang pernah memperlekehkan cadangan DS Najib ketika itu?

 

Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading