Majlis Raja Raja disaran buka inquiri siasat isu Affidavit saran Bekas Hakim

Oleh Adam Malik

“Mengambil kira afidavit yang kini ada di domain awam, Majlis Raja-Raja sepatutnya mengambil tahu tentangnya dan mengarahkan inkuiri sewajarnya terhadap kandungannya,”  Hamid Sultan.

Majlis Raja Raja harus kendali inquiri sendiri segera dan tidak serah kepada mahkamah tentukan kata Bekas Hakim



Affidavit yang dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid Sangat penting untuk Majlis Raja Raja Bertindak Sendiri tanpa proses Mahkamah, kata Bekas Hakim.

Perkembangan kisah titah tambahan Yang DiPertuan Agong yang cuba di”downplay” dan cuba disembunyikan oleh pihak tertentu dalam kerajaan, kini menjadi kisah sensasi dan isu besar yang bakal meledak dan menjatuhkan mereka mereka yang berpakat cuba mengenepikan nya.

Setelah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan kes berkenaan titah tambahan YDPA yang tidak dilaksanakan oleh Lembaga Badan Pengampunan dan kemudian Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahud Hamidi pula membuat affidavit mengesahkan titah itu, kini jadikan keadaan bertambah parah dan bertambah kecoh.



Ini kerana seorang Bekas Hakim Mahkamah Rayuan sangat berpengalaman menggesa para Raja Raja Melayu supaya ambil tahu akan hal ini dan bertindak membuat inquiri.

Bekas Hakim Hamid Sultan Abu Backer dalam kenyataan kepada media mrnyeru para Raja Raja memulakan inquiri terhadap affidavit yang difailkan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Inquiri ini katanya sangat penting kerana ada kena mengena dengan kuasa RajaRaja Melayu itu sendiri.

Rayuan dan perbicaraan dimahkamah tidak baik kerana keputusan hak Raja Raja ini diputuskan pihak lain dan sambil itu memakan masa dan proses yang lama kata Hamid.



Pada pendapat kami betul juga saranan Hamid Sultan tambah lagi dalam keadaan ramai rakyat tidak begitu yaikn dengan badan keadilan akibat pengalaman rakyat melihat perjalanan kes DSNR.

Biar lah Majlis Raja Raja sendiri yang ada kuasa mutlak mengujudkan badan inquiri yang membincangkan pelanggaran salah guna kuasa dan engkar perintah diRaja.

Semoga saranan Hamid Sultan segera disambut oleh Majlis Raja Raja kerana isu yang ada kait dengan imej Raja Raja itu sendiri dan tidak sesuai diputuskan oleh pihak mahkamah atau pihak ketiga.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading